Sunday, 30 August 2015

Nasi Ayam

Nasi ayam
(http://yatiememories.blogspot.my/)

Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras (saya guna beras basmathi kali ni)
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam ringkas
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment